X

Kindly register in order to view this article
!

Cik B melancarkan single baharu Tolonglah.
A
A

IPOH - Selesai membintangi drama 'Lelaki Lingkungan Cinta', anak jutawan kosmetik popular, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B muncul dengan single pertama berjudul Tolonglah.

Lagu ciptaan bersama Cik B dan ibunya, Datuk Seri Vida merupakan terjemahan perasaan dan curahan hati remaja berusia 15 tahun itu dalam genre ‘dark emo rap’.

“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di dera oleh pembantu rumah, kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.

“Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini walaupun ada yang tidak percaya, saya bukan macam anak orang kaya lain, saya dikurung, depresi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran single ‘Tolonglah’ di kediamannya di Meru Heights, Jelapang di sini semalam.

Cik B
Cik B

Menurutnya, kemunculan single itu merupakan transisi baharu beliau untuk keluar dari kepompong pemalunya kepada selebriti yang bakal mewarnai dunia muzik tanah air.

“Lagu ini dihasilkan setahun lalu dengan mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk buat lagu itu. Cik B mahu keluar lebih awal tapi ketika itu rasa malu dan takut dengan media.

“Setelah setahun, baru sekarang saya rasa inilah waktu yang sesuai untuk lebih bersinar kerana mula percaya akan diri sendiri sekarang,” katanya.

Cik B berkata, pembikinan video dilakukan di rumah dan gudang sambil dibantu oleh kakitangan Wisma Vida Beauty.

Lagu Tolonglah merupakan karya baharu cik B dan Vida
Lagu Tolonglah merupakan karya baharu cik B dan Vida

Ditanya mengenai kritikan yang bakal dihadapinya, Cik B turut optimis untuk berhadapan dengan perbezaan pandangan terhadap dirinya dan lagu.

“Saya sudah biasa menerima kritikan dan kecaman sejak berusia 12 tahun. Sekarang saya sudah imun dengan kecaman semua.

“Saya boleh dan bersedia untuk menyanyi secara langsung dan akan ambil kelas vokal untuk mantapkan lagi suara,” katanya yang turut merancang untuk melancarkan single kedua tahun depan.

Cik B kini berazam untuk fokus kepada bidang nyanyian sehingga ke peringkat antarabangsa selain menerokai pelbagai bidang lain dalam perniagaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!