Rayuan GKP 2.0 dibuka bermula 7 Disember ini

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

PUTRAJAYA - Tempoh rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan dibuka bermula 7 Disember depan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata, permohonan rayuan itu dibuka sehingga hingga 21 Disember ini.

"Ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya.

Menurutnya, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.

GKP merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.

Ia bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi berikutan penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, sehingga kini hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

Katanya, kerajaan amat prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS mikro

Artikel Berkaitan:

"Justeru, GKP dan GKP 2.0 merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam membantu PKS mikro yang terjejas.

"Jadi bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan LHDN," katanya.