X

Kindly register in order to view this article
!

Penasihat Trump mengenai isu pelitup muka letak jawatan

Scott Atlas
A
A

WASHINGTON - Salah seorang penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai pandemik Covid-19 yang mencetuskan kontroversi kerana kenyataannya menentang pemakaian pelitup muka dan lain-lain isu telah meletakkan jawatan, lapor media AS semalam.

Stesen televisyen Fox News menyatakan, pihaknya berjaya melihat surat peletakan jawatan penasihat tersebut, Scott Atlas yang bertarikh hari ini.

Atlas dilaporkan kekurangan pengalaman dan kelayakan yang diperlukan dalam kesihatan awam dan penyakit berjangkit.

Stesen televisyen itu juga melaporkan bahawa kontrak Atlas sepatutnya telah pun berakhir lewat minggu ini.

"Saya dengan ini menulis untuk memberitahu peletakan jawatan saya sebagai penasihat khas kepada Presiden Amerika Syarikat," kata Atlas dalam surat tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Trump dan menyatakan ucapan selamat berjaya kepada bakal Presiden, Joe Biden yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari tahun depan.

'Saya bekerja keras dengan satu tumpuan untuk menyelamatkan dan membantu rakyat Amerika melalui pandemik ini," katanya.

Menurutnya, beliau sentiasa bergantung kepada bukti-bukti terbaharu sains tanpa sebarang pertimbangan politik.

Pada oktober lalu, Atlas membuat membuat kenyataan di Twitter: "Pelitup muka? Tidak."

Kenyataan itu dibuat walaupun bukti-bukti saintifik menunjukkan bahawa terdapat manfaat tentang pemakaian pelitup muka.

Pada November lalu, beliau mendesak orang ramai di Michigan untuk menentang langkah-langkah bagi memperlahankan penularan virus Covid-19 seperti 'lockdown'.

Sehingga semalam, AS mencatatkan sebanyak 13,522,247 kes Covid-19 dan 267,844 kematian yang merupakan angka terburuk di dunia. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!