Polis Selangor terima enam laporan berkaitan pendakwah selebriti

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor menerima enam laporan berkaitan kes yang disyaki dilakukan pendakwah selebriti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lima laporan diterima di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.

“Suspek yang tamat reman untuk kes pertama esok akan dipohon sambungan remannya bagi siasatan kes yang baharu diterima.

“Siasatan dijalankan di bawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Fadzil menyeru sekiranya terdapat lagi mangsa lain, mereka digesa tampil membuat laporan polis.

Terdahulu, media melaporkan seorang pendakwah selebriti berusia 25 tahun direman lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini, September tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 September lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima satu lagi laporan kes cabul babit pendakwah selebriti

Artikel Berkaitan: