Warga emas maut terperosok bawah treler

Anggota bomba mengeluarkan seorang warga emas selepas kereta dipandunya melanggar sebuah treler di Jalan Kesang, Tangkak hari ini.
Anggota bomba mengeluarkan seorang warga emas selepas kereta dipandunya melanggar sebuah treler di Jalan Kesang, Tangkak hari ini.
A
A
A

TANGKAK - Seorang warga emas meninggal dunia apabila kereta Proton Wira yang dipandunya merempuh sebuah treler di Jalan Kesang di sini hari ini.

Dalam kejadian berhampiran sebuah stesen minyak pada jam 6.14 pagi itu, kereta dipandu Eu Fo@Eu Ann Hui, 72, terperosok di bawah kenderaan berat tersebut hingga membuatkannya terperangkap.

Seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dengan dua jentera Fire Rescue Team (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Zamri Ayub berkata, pihaknya mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir di lokasi kemalangan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Pemandu treler, Mohamad Anuar Timan, 33, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi tamat pada jam 7.26 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: