Agenda Digital Johor bantu keciciran data pemohon bantuan

HASNI
HASNI
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri komited mengumpulkan data maklumat rakyat Johor melalui Agenda Johor Digital bagi menyelesaikan isi keciciran mendapatkan Bantuan Ihsan Johor dalam kalangan golongan sasar.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri berdepan kesukaran dalam melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor secara menyeluruh kerana ketiadaan data yang lengkap.

Katanya, data yang diperoleh kerajaan negeri setakat ini menerusi maklumat yang disalurkan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan selain ejen-ejen di pusat-pusat saluran Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor.

"Kerajaan negeri sukar untuk mengesahkan maklumat mereka ( pemohon) sama ada betul atau tidak, sekiranya mereka muat naik borang dalam talian.

"Oleh itu, kerajaan negeri membangunkan Agenda Johor Digital bagi memudahkan pengumpulan data secara berpusat sebagaimana dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN) dan Kementerian kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan K Raven (BN-Tenggaroh) berkenaan kelulusan Bantuan Ihsan Johor yang hanya melibatkan 40,000 orang berbanding 200,000 orang yang memohon pada sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM14 Juta inisiatif Bantuan Tunai Ihsan Johor dengan sasaran awal penerima setakat Jun tahun ini seramai 35,535 orang.

"Bantuan melibatkan bantuan tunai ‘one off’ sebanyak RM250 dan RM500 kepada rakyat Johor yang benar-benar layak iaitu mereka yang berpendapatan bawah RM4,000 dan tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan kerajaan pusat mahupun negeri.

Artikel Berkaitan:

"Bagi tujuan saringan permohonan secara merit, kerajaan negeri melalui Pejabat Perbendaharaan Negeri telah mewujudkan satu sistem iaitu Sistem E-Ihsan Johor," katanya.