Pas berhutang dengan rakyat Malaysia

Twitter Ambiga yang merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Twitter Ambiga yang merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan sebagai gagal menamatkan pertempuran yang dimulakan apabila memutuskan untuk menarik balik tuntutan saman terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Menurut beliau, pemimpin Pas dan parti Islam itu kini ‘berhutang’ dengan rakyat Malaysia atau sekurang-kurangnya kepada ahli dan penyokong mereka.

“Jangan sekali-kali memulakan pertempuran yang anda tidak dapat selesaikan!

“Anda kini berhutang dengan rakyat Malaysia atau sekurang-kurangnya dengan ahli-ahli Pas yang telah mendermakan wang mereka untuk dibelanjakan seperti tujuan asal kutipannya,” kata Ambiga di Twitternya.

Malah beliau turut mengingatkan Pas bahawa firma guaman Carter-Ruck yang mewakili Abdul Hadi di London, United Kingdom itu adalah peguam tersohor dan ia bukannya murah.

“Carter-Ruck ialah firma guaman hebat sudah tentu kos yang dikenakan tidak murah.

“Siapa akan bayar? Adakah kami? Soal Ambiga.

Twitter Ambiga merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan parti itu tidak berdepan masalah walaupun artikel Sarawak Report berhubung penerimaan dana RM90 juta tidak diturunkan daripada portal berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Hal ini katanya, kerana setelah bertahun-tahun berita itu disebarkan, blok pembangkang yang kini merupakan kerajaan gagal memberikan sebarang bukti Pas menerima dana tersebut.

Oleh itu katanya, artikel berkenaan tidak akan mendatangkan kesan terhadap perjuangan Pas kerana sudah terbukti bahawa tuduhan itu bersifat fitnah semata-mata.

Pada 9 Januari lalu, media melaporkan Pas berjaya mencapai matlamat memungut RM400,000 bagi membiayai kos guaman untuk saman ke atas Sarawak Report.

Malah berdasarkan kenyataan Bendahari Pas, Razman Zakaria jumlah yang dipungut setakat itu melebihi jumlah yang diperlukan.

Razman berkata, Pas berjaya mengumpul lebih setengah juta ringgit daripada sumbangan anggota parti dan pihak lain hasil kempen kutipan dana selama dua minggu itu jumlah yang diperolehi melepasi sasaran.