Dua maut nahas lima kenderaan

No Image Caption
A
A
A

PEKAN - [DIKEMASKINI] Penunggang motosikal dan penumpang sebuah kereta maut dalam nahas babitkan lima kenderaan di Kilometer 66, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang Chini di sini, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang itu, enam yang lain termasuk dua pemandu kenderaan terlibat cedera.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, penunggang yang maut dikenali sebagai Abdul Jamil Abdul Rahman, 52, peserta Agro Taman Agropolitan Lepar Batu 8 Lepar di sini.

Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Pekan.
Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Pekan.

Menurutnya, turut maut, penumpang belakang salah sebuah kereta terlibat, Sahripah Bachok, 62.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan: