X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan rai 'kemenangan', Belanjawan 2021 masih boleh ditolak: Anwar

Anwar
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan majoriti pembangkang untuk tidak menyokong cadangan mengadakan undian secara belah bahagi kerana tidak mahu mengganggu Belanjawan 2021 di peringkat awal memandangkan masih terdapat proses yang perlu dilalui.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan 2021 masih boleh ditolak pada bacaan dan perbahasan seterusnya sekiranya ia tidak memenuhi aspirasi rakyat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli Parlimen kerajaan supaya jangan meraikan ‘kemenangan’ terlalu awal kerana Belanjawan 2021 masih boleh ditolak di peringkat jawatankuasa setelah lulus di peringkat dasar.

“Masih terlalu awal untuk mereka merayakan berlebihan, walhal yang kita fikirkan ini bukan soal kemenangan politik tetapi kemenangan rakyat dan kebajikan rakyat.

“Kita ambil keputusan untuk tidak (undi) berbelah bahagi, (kerana) tidak mahu ganggu di peringkat awal.

“Hal ini kerana ada gambaran tidak tepat dalam kalangan rakyat, kalau kita tolak sepenuhnya ia akan menjejaskan gaji penjawat awam, elaun buat petugas barisan hadapan dan kemudahan lain serta bantuan rakyat,” katanya di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 di peringkat dasar melalui undian suara selepas sebahagian besar ahli Parlimen termasuk pembangkang tidak menyokong cadangan undian secara belah bahagi.

Perbahasan Belanjawan 2021 ini akan diteruskan ke peringkat jawatankuasa. Pusingan undian seterusnya akan menyaksikan sama ada belanjawan tersebut diluluskan dengan sebarang pindaan atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan pada minggu hadapan, semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa dan bacaan RUU Perbekalan peringkat ketiga, blok pembangkang akan menolak Belanjawan 2021 sekiranya ia tidak memenuhi aspirasi rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: Usul Belanjawan 2021 diluluskan

Tun M kritik pembangkang tidak bangun sokong undi belah bahagi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!