Operasi pengurusan sisa pepejal berjalan seperti biasa

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Operasi mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam yang dikendalikan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) di negeri ini akan berjalan seperti biasa sepanjang perayaan Tahun Baru Cina.

Pengurus SWM Environment Wilayah Johor, Mohd Zan Arris berkata, perkhidmatan itu akan melibatkan operasi pengurusan sisa pepejal di 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, masyarakat boleh memberikan kerjasama untuk mematuhi jadual perkhidmatan yang ditetapkan sekiranya mahu menguruskan sisa buangan.

“SWM Environment menyarankan masyarakat memanfaatkan Kutipan +1 yang dijadualkan sekali seminggu bagi menguruskan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula yang bakal dilupuskan sepanjang sambutan perayaan.

“Selain itu, kami juga berharap orang ramai dapat mengamalkan kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (PSDP),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zan berkata, tenaga kerja SWM Environment dilarang untuk menerima sebarang bentuk saguhati ketika menjalankan tugas sepanjang musim perayaan ini.

“Ini adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ia juga seiring dengan etika kerja harian yang ditetapkan SWM Environment. Justeru itu, kami memohon kerjasama dan perhatian orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang perkhidmatan atau etika tenaga kerja SWM Environment.

“Maklumat boleh disalurkan melalui Indahkan Malaysia di talian 1800887472 atau talian WhatsApp SWM Environment di 012-6180082 yang akan aktif sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!