Ular sawa 'berehat' atas enjin kereta

Seekor ular sawa di atas bahagian enjin kereta di sebuah bengkel di Kampung Batu 25, Pekan Nanas di Pontian di sini malam tadi.
Seekor ular sawa di atas bahagian enjin kereta di sebuah bengkel di Kampung Batu 25, Pekan Nanas di Pontian di sini malam tadi.
A
A
A

PONTIAN - Seorang mekanik terkejut melihat seekor ular sawa di atas bahagian enjin kereta di sebuah bengkel di Kampung Batu 25, Pekan Nanas di sini malam tadi.

Kehadiran reptilia itu disedari lelaki berkenaan ketika menutup premis tersebut kira-kira jam 10 malam sebelum dia menghubungi pihak bomba.

Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Zamani Md Din berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Anggota bomba menangkap seekor ular sawa yang berada atas sebuah enjin kereta di sebuah bengkel di Kampung Batu 25, Pekan Nanas, Pontian malam tadi.
Anggota bomba menangkap seekor ular sawa yang berada atas sebuah enjin kereta di sebuah bengkel di Kampung Batu 25, Pekan Nanas, Pontian malam tadi.

"Semasa bomba tiba ular sawa sepanjang enam meter itu berada atas enjin kereta dalam kawasan bengkel berkenaan.

"Pihak bomba menangkap ular tersebut yang tidak bertindak agresif dengan menggunakan seunit penjerut dan melepaskannya jauh dari kawasan penempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi tamat pada jam 10.42 malam.

Artikel Berkaitan: