[VIDEO] Pertimbang laksana darurat di Gerik, Bugaya

Takiyuddin berucap pada mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen.
Takiyuddin berucap pada mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tindakan kerajaan dalam pelaksanaan Proklamasi Darurat dan Pemasyhuran Ordinan membolehkan Sabah dan negara akan bebas ancaman pandemik koronavirus (Covid-19) dengan segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan sama akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya dan Parlimen Gerik.

Menurutnya, ia berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Dimaklumkan juga bahawa rentetan daripada kes penularan wabak Covid-19 selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah Ke-16 yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berhadapan dengan kesukaran mendapatkan petugas pilihan raya.

"Ini kerana petugas bimbang penularan wabak Covid-19 di pusat mengundi di Batu Sapi. Situasi yang sama juga dijangka berlaku di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin mengetahui adakah kerajaan bercadang untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik seperti di Parlimen Batu Sapi.

Maslan juga meminta kerajaan menyatakan rasionalnya jika ingin dilaksanakan dan jawapan berkenaan kekangan hak demokrasi pengundi untuk kawasan yang berkaitan

Dalam pada itu katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kekangan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan kesihatan bagi mengendalikan pengundi di khemah bergejala kerana keperluan pegawai dan kakitangan kesihatan yang tinggi di hospital dan Klinik Kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama katanya, pengundi Parlimen Batu Sapi, DUN Bugaya dan Parlimen Gerik bimbang risiko jangkitan Covid-19 di pusat-pusat mengundi.

"Juga dijangka akan menyebabkan peratus keluar mengundi yang rendah, iaitu kira-kira 50 peratus sahaja berbanding dengan peratus keluar mengundi pada PRK-PRK yang lepas iaitu sebanyak 60 peratus," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi