Misteri ketukan pintu didakwa sudah sampai Kuala Selangor

Pintu hadapan rumah Anuar diketuk beberapa kali dengan kuat dalam kejadian pagi kelmarin.
Pintu hadapan rumah Anuar diketuk beberapa kali dengan kuat dalam kejadian pagi kelmarin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Misteri ketukan pintu tanpa salam yang sebelum ini menghantui penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mula 'merebak' ke Tanjong Karang dan Kuala Selangor hingga menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat.

Seorang pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang menetap di Kampung Parit 3 Sungai Burong di sini diganggu dengan bunyi ketukan di hadapan pintu utama rumahnya kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Anuar Anal, 43, berkata, kejadian didengari semasa dia berada di bilik utama selepas membuang air di tandas.

"Belum sempat melelapkan mata, saya dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat pada pintu rumah.

"Saya kemudian terus mengintai dari celah bawah pintu dan langsir tingkap, namun tidak nampak bayang sesiapa di depan rumah.

"Dalam hati ada juga terlintas adakah yang ketuk rumah saya pocong seperti yang kecoh di Sabak Bernam?" katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Tular di platform YouTube seorang jiran ternampak kelibat lembaga berpakaian putih.
Tular di platform YouTube seorang jiran ternampak kelibat lembaga berpakaian putih.

Katanya, semasa kejadian, isteri dan tiga anaknya lagi sudah lena tidur dan perkara itu hanya diceritakan keesokannya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu tular di saluran YouTube mendakwa kejadian penduduk ternampak lembaga berpakaian putih berdiri di jalan di Kampung Kuantan awal pagi tadi.

Video berdurasi 0.45 saat itu dimuat naik seorang Youtuber menggunakan akaun nama Pak Nil pagi tadi.

Menerusi deskripsi yang dimuat naik di platform itu menyatakan jiran yang ternampak makhluk menakutkan di atas jalan kemudian menghubungi jiran sebelah rumah.

"Jiran sebelah kemudian keluar dari rumah dan nampak kelibat sama sebelum masuk ke dalam rumah.

"Sejurus (jiran sebelah) masuk (semula) ke dalam rumah, pintu (rumah) kena ketuk pula," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri ketukan pintu terus hantui penduduk Sabak Bernam

Misteri ketukan pintu: Tidak seharusnya jadi perkara yang menakutkan

Polis beri amaran tindakan tegas pihak cuba takutkan penduduk