Mati ditikam sudu: Suspek belum sedarkan diri

Mati ditikam sudu, suspek belum sedarkan diri.
Mati ditikam sudu, suspek belum sedarkan diri.
A
A
A

IPOH - Suspek utama kes bunuh membabitkan seorang warga emas maut akibat ditikam sudu besi, semalam masih belum sedarkan diri di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Lelaki berusia 30-an itu dilaporkan kritikal akibat ditetak menggunakan pisau selepas mencekik seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, lelaki itu ditempatkan di wad biasa, namun berada dalam keadaan tidak sedar.

“Keterangan daripada suspek masih belum boleh diambil berikutan keadaannya itu, namun polis sudah mengambil keterangan daripada seorang lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan sama.

“Lelaki terbabit ditahan selepas mencederakan suspek menggunakan pisau ketika cuba menyelamatkan ibunya daripada tindakan agresif suspek,” katanya.

Mohd Ali berkata, bedah siasat ke atas mangsa sudah dijalankan dan pihaknya sedang meneliti semua keterangan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam Chai Ah Kin, 83, maut di tempat kejadian dengan kesan luka di dada selepas berlaku pergelutan dengan suspek.

ARTIKEL BERKAITAN:Warga emas maut ditikam dengan sudu

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu dilihat oleh seorang wanita yang kemudian campur tangan cuba meleraikan pergaduhan, namun tindakan itu menyebabkan suspek berang dan mencekiknya.

Perbuatan itu dilihat oleh anak wanita tersebut dan dia cuba menyelamatkan ibunya dengan menetak suspek menggunakan pisau.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.