Isu atlet Israel: Pas Jerai kecewa tuduhan Firdaus

Sabri. Gambar kiri: Keratan akhbar Sinar Harian berkaitan isu berkenaan.
Sabri. Gambar kiri: Keratan akhbar Sinar Harian berkaitan isu berkenaan.
A
A
A

YAN - Pas kawasan Jerai kecewa apabila terdapat pihak yang menuduh mereka membisu dalam soal penolakkan atlet Israel untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata, Pas telah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh tindakan kerajaan pada 18 Januari lalu.

Katanya, kenyaatan Penyelaras Dun Tokai, Firdaus Jaafar yang juga merupakan Pegawai Khas Exco Agama Kedah itu lebih kepada bersifat provokasi.

"Dia dulu rakan baik kita, sejak keluar dari Pas dia lebih kepada mahu memburukkan Pas sedangkan kita dari awal mengeluarkan kenyataan menyokong.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Israel: NGO Palestin hargai sokongan padu Malaysia

"Apa yang dia katakan lebih kepada mahu mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu semasa yang lain seperti sistem AES yang dijanjikan untuk dihapus namun ditambah lagi," katanya.

Menurut Sabri, PH kini sudah huru-hara dengan pentadbiran yang lebih kepada memakan diri kerana terlalu banyak manifesto dan janji yang telah menjerut leher mereka.

"Saya sarankan dia (Firdaus) banyakkan membaca, jangan kutip isu 'cakap dengar' lepas tu keluarkan komen yang tidak releven," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Sabri, sebagai pemimpin seharusnya seseorang itu lebih bijak menilai dan berfikir tentang sesuatu perkara.

"Jangan bila ada timbul sesuatu isu, main kupas je tanpa menilai fakta yang sebenar, akhir sekali terjerut diri sendiri," katanya.

Hari ini, Sinar Harian ada melaporkan berita berkaitan kenyataan Firdaus berhubung Pas dan BN yang membisu berkaitan isu penolakkan atlet Israel.