X

Kindly register in order to view this article
!

Bir dibenarkan dijual di kedai runcit, serbaneka

Annuar Musa
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bir dibenarkan dijual di kedai runcit serta serbaneka, namun perlu mengikut tempoh waktu ditetapkan.

Sementara di kedai ubat tradisional Cina dibenarkan menjual arak yang digunakan untuk tujuan perubatan sahaja yang disahkan mengikut kategori-kategori ditetapkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kedai runcit yang tidak sesuai dilesenkan menjual arak tidak akan diperbaharui Lesen Minuman Keras (LMK) menjelang Oktober 2021.

"Bir masih boleh dijual di kedai sedemikian tapi pada waktu-waktu ditetapkan yang peraturan ini diguna pakai di semua negara.

"Ada garis panduan lama yang dikekalkan termasuk larangan menjual arak di tempat sensitif seperti berhadapan sekolah dan rumah ibadat," katanya ketika mengulas garis panduan LMK (liquor yang memabukkan) di Wilayah Persekutuan.

Beliau ditemui pada program penyampaian sumbangan kepada komuniti Kuala Lumpur di bawah program Wilayah Cakna 3.0 serta sumbangan kepada Persatuan Penduduk Kuala Lumpur di Menara DBKL 3 hari ini.

DBKL sebelum ini mengeluarkan garis panduan LMK yang menetapkan 'hard liqour' (minuman keras yang memabukkan) tidak dibebarkan di jual kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga jenis premis dilarang jual arak

Annuar berkata, garis panduan baharu itu tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa dan telah mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan melibatkan agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain.

"Sejak keluarkan lesen kepada pemohon, kita dapati banyak aduan dan pandangan orang ramai berkenaan pelbagai masalah termasuk pemandu mabuk yang mengancam keselamatan awam.

"Justeru DBKL ada buat pertemuan dengan pihak berkepentingan yang tempoh perbincangan mengambil masa agak lama sebelum garis panduan baharu dicadangkan dan dibincangkan berkali-kali.

"Perbincangan dibuat sejak awal 2019 sehinggalah awal Oktober lalu barulah perakuan siap dan dibawa kepada kementerian sebelum dikeluarkan garis panduan baharu," katanya.

Katanya, garis panduan dikeluarkan pada tahun ini supaya semua pihak boleh membuat persiapan awal dan memberikan kerjasama agar penjualan arak lebih teratur yang mana 'hard liqour' boleh dibeli di tempat yang dilesenkan sahaja.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!