Ahli politik Sri Lanka makan ikan mentah-mentah

Wedaarachchi dengan selamba memakan ikan mentah tersebut ketika sidang media di Colombo kelmarin. - Foto: Agensi
Wedaarachchi dengan selamba memakan ikan mentah tersebut ketika sidang media di Colombo kelmarin. - Foto: Agensi
A
A
A

COLOMBO - Gara-gara mahu menggalakkan orang ramai memakan ikan, seorang ahli politik di Sri Lanka sanggup menelan ikan mentah hanya kerana mahu membuktikan ia tidak akan menyebabkan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Bekas Menteri Perikanan, Dilip Wedaarachchi, 63, membuat aksi spontan itu ketika sidang media di Colombo kelmarin bagi menggalakkan semula sektor tersebut yang terjejas teruk akibat pandemik tersebut.

"Saya bawa ikan ini untuk tunjukkan kepada anda semua. Saya merayu kepada semua rakyat untuk makan ikan. Jangan bimbang. Anda tidak akan dijangkiti Covid-19

"Saya akan makan ikan ini mentah-mentah untuk buktikan kepada anda," katanya sambil menambah industri perikanan di negara tersebut semakin terancam.