X

Kindly register in order to view this article
!

Ahli politik Sri Lanka makan ikan mentah-mentah

Wedaarachchi dengan selamba memakan ikan mentah tersebut ketika sidang media di Colombo kelmarin. - Foto: Agensi
A
A

COLOMBO - Gara-gara mahu menggalakkan orang ramai memakan ikan, seorang ahli politik di Sri Lanka sanggup menelan ikan mentah hanya kerana mahu membuktikan ia tidak akan menyebabkan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Bekas Menteri Perikanan, Dilip Wedaarachchi, 63, membuat aksi spontan itu ketika sidang media di Colombo kelmarin bagi menggalakkan semula sektor tersebut yang terjejas teruk akibat pandemik tersebut.

"Saya bawa ikan ini untuk tunjukkan kepada anda semua. Saya merayu kepada semua rakyat untuk makan ikan. Jangan bimbang. Anda tidak akan dijangkiti Covid-19

"Saya akan makan ikan ini mentah-mentah untuk buktikan kepada anda," katanya sambil menambah industri perikanan di negara tersebut semakin terancam.

Menurutnya, orang ramai tidak lagi makan ikan hingga menyebabkan bot nelayan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

"Mereka dibebani hutang kerana tidak dapat menjual hasil laut," jelas beliau lagi yang pernah berkhidmat di kementerian tersebut sehingga akhir tahun lalu.

Difahamkan, puluhan ribu tan ikan tidak terjual setelah Pusat Pasar Ikan terpaksa ditutup kerana kluster Covid-19 muncul di premis itu pada bulan lalu hingga menyebabkan kejatuhan harga yang melampau.

Wabak yang bermula di pasar borong itu didakwa telah menyebabkan ribuan kes jangkitan dan kemudiannya menular ke seluruh negara. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!