JDT juara Piala Sumbangsih 2019

A
A
A

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi.

Gol tunggal JDT dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, JDT bermula garang apabila melancarkan serangan ke atas pertahanan dan gawang pasukan lawan menerusi gandingan Cabrera, Aaron Niguez, Syafiq Ahmad dan Muhammad Safawi Rasid.

Pada minit ke-6, Safawi melakukan rembatan dari luar kotak penalti, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim.

Antara aksi antara JDT dan Perak bagi Piala Sumbangsih 2019.
Antara aksi antara JDT dan Perak bagi Piala Sumbangsih 2019.

Beberapa minit kemudian, Aaron Niguez turut menguji penjaga gol The Bos Gaurus tetapi sekali lagi Muhammad Hafizul Hakim menyelamatkan gawang Perak daripada dibolosi pasukan tuan rumah.

Menguasai keseluruhan permainan, JDT akhirnya berjaya meledakkan gol menerusi Gonzalo Cabrera pada minit ke-40 yang merembat masuk bola di dalam kawasan kotak penalti pasukan lawan.

Antara aksi antara JDT dan Perak bagi Piala Sumbangsih 2019.
Antara aksi antara JDT dan Perak bagi Piala Sumbangsih 2019.

Artikel Berkaitan:

Bermula separuh masa kedua, JDT terus menggandakan asakan bagi mencari gol tambahan sementara Perak secara positif menyerap tekanan pasukan tuan rumah selain membuat beberapa counter attack.

Meskipun JDT dan Perak saling mengasak antara satu sama lain, tiada sebarang jaringan terhasil oleh kedua-dua pasukan dan keputusan 1-0 kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.

Kejayaan itu menyaksikan JDT berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun lalu, selain mengutip tiga mata penuh pertama bagi saingan Liga Super untuk musim baharu.