Hubungan erat dengan komuniti teras utama McDonald’s Malaysia

No Image Caption
A
A
A

McDonald's bukan sekadar sebuah rangkaian restoran terkemuka, malah hubungan dengan masyarakat sangatlah rapat. McDonald's Malaysia melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan secara konsisten merentasi lebih 300 restorannya di seluruh Malaysia.

McDonald’s Malaysia secara konsisten menjalankan sekurang-kurangnya dua aktiviti kemasyarakatan sebulan bagi setiap restoran McDonald’s merentasi lebih daripada 300 restoran.

Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai reputasi yang kukuh di negara ini, McDonald’s Malaysia memberi penekanan kepada kesejahteraan masyarakat. Inilah nilai yang tertanam dan menjadi budaya untuk mereka menjalinkan hubungan erat dengan komuniti.

Kenang jasa petugas barisan hadapan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), McDonald’s Malaysia menghargai petugas barisan hadapan dengan menaja makanan kepada lebih 40,000 petugas kesihatan di lebih 50 hospital di seluruh negara secara berjadual. Secara keseluruhan, McDonald’s Malaysia telah menaja kira-kira 200,000 makanan kepada petugas barisan hadapan di Malaysia.

McDonald’s Malaysia memulakan seruan untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam tempoh PKP. #KitaBoleh dihebahkan di platform media sosial McDonald’s Malaysia agar rakyat Malaysia bersatu padu pada waktu sukar ini. McDonald’s Malaysia turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM250,000 kepada Tabung Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia bagi kelengkapan pelindung diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menyantuni warga emas sempena Tahun Baharu Cina

Selama empat tahun berturut-turut, kru McDonald’s mengunjungi rumah orang tua untuk membangkitkan keceriaan sempena sambutan perayaan. Kru McDonald’s melayani mereka, makan bersama dan bantu merapikan diri. Sejak inisiatif ini mula diperkenalkan pada 2017, kru McDonald’s Malaysia telah melawat lebih daripada 250 rumah orang tua di seluruh negara dan mendekati lebih daripada 10,000 warga emas di pusat jagaan orang tua.

No Image Caption

Iftar bersama anak yatim

Program berbuka puasa atau iftar bersama anak-anak yatim dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, bermula pada tahun 2018 dan 2019. Pada 2018 Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) meraikan lebih 500 kanak-kanak daripada 12 rumah anak yatim dan kanak-kanak di seluruh Selangor.

Setiap rumah anak yatim dan kanak-kanak menerima RM10,000, manakala setiap kanak-kanak menerima RM20 duit raya menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM130,000. Pada 2019, McDonald’s melalui badan amal pilihannya RMHC, bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk berbuka puasa dengan 500 anak yatim dari 10 rumah kebajikan. Setiap rumah menerima RM5,000 daripada RMHC.

No Image Caption

McDonald’s Malaysia turut sinonim dengan aktiviti sumbangan makanan untuk moreh pada setiap bulan Ramadan yang diadakan secara mingguan di masjid atau surau yang berdekatan restoran. Program ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.

Rai Hari Guru

McDonald’s Malaysia mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru melalui sambutan Hari Guru bermula tahun 2015. Pelbagai aktiviti termasuk Anugerah Guru Inspirasi dianjurkan. Setiap tahun, majlis sambutan Hari Guru diadakan di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Acara sambutan merangkumi permainan, sesi foto dan hidangan McDonald’s bagi meraikan jasa guru yang berdedikasi dalam memupuk generasi akan datang.

No Image Caption

Menceriakan Hari Kanak-kanak

Sementara itu bagi sambutan Hari Kanak-kanak pula, setiap tahun kru restoran McDonald's akan mendedikasikan sepanjang bulan Oktober untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan bersama kanak-kanak seperti mengunjungi wad pediatrik, bergotong-royong di rumah anak yatim, membawa anak-anak yatim keluar bersiar dan menyambut hari kanak-kanak di McDonald’s.

Kru McDonald’s menerusi RMHC turut membawa anak-anak yatim bersiar-siar.
Kru McDonald’s menerusi RMHC turut membawa anak-anak yatim bersiar-siar.

Pengiktirafan sumbangan kemasyarakatan

Komitmen McDonald’s Malaysia dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kemasyarakatan secara berterusan mendapat pengiktirafan menerusi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2020 (Sustainability & CSR Malaysia Award) tiga tahun berturut-turut.

Selain itu, McDonald’s Malaysia menerima pingat gangsa PR Awards 2020 daripada A&M bagi kategori Penglibatan Sosial untuk Komuniti Bersasar pada bulan Ogos tahun ini dan Anugerah Kecemerlangan CSR Halal pada Persidangan Halal Sedunia tahun lalu.

CSR Malaysia turut menobatkan anugerah kepada Pusat Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) sebagai pengiktirafan atas pelbagai komitmen yang mantap dan padu RMHC terhadap kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia sepanjang tahun 2019.

Sila layari www.facebook.com/My.McDonalds/ untuk maklumat terkini mengenai McDonald’s Malaysia.