Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

Aliran trafik bergerak perlahan ketika tinjauan fotoBernama di Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Karak hari ini. - Foto Bernama
Aliran trafik bergerak perlahan ketika tinjauan fotoBernama di Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Karak hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 3 petang ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik perlahan di Juru menuju ke Perai, Seberang Jaya ke Perai, Rawang ke Sungai Buaya, Bukit Tagar ke Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai, Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Tapah ke Tapah sehingga Gopeng.

Menurutnya, trafik turut perlahan di Nilai menuju ke R&R Seremban, Port Dickson menuju ke Hentian Senawang dan Skudai ke Sedenak sehingga Simpang Renggam.

"Aliran trafik turut tinggi di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura ke Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik perlahan dari Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah dan Lentang ke Bentong manakala di lokasi-lokasi lain masih lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: