Bruno Fernandes percaya miliki aksi mirip Paul Scoles

Bruno Fernandes -Foto thestatemans.com
Bruno Fernandes -Foto thestatemans.com
A
A
A

PEMAIN Manchester United, Bruno Fernandes percaya dia memiliki gaya permainan yang mirip kepada pemain lagenda The Red Devils itu, Paul Scholes.

Fernandes berkata, Scholes adalah antara pemain tengah terbaik dunia dan kini dirinya pula dilihat cuba untuk membawa corak permainan sedemikian ke Old Trafford.

"Mungkin kerana saya lebih rapat dengan Scholes. Bagi saya, dia adalah pemain yang gemar berada dalam kotak penalti dalam usaha membantu atau meledak jaringan.

“Saya masih ingat, ketika kami bakal menentang Club Brugge bagi saingan Liga Europa di Old Trafford, kami menyaksikan di televisyen kesemua jaringan Scholes.

“Saya kemudiannya berkata kepada Fred (penyerang United) yang turut menonton bersama saya bahawa dia mesti berada hampir dengan pintu gol untuk menjaringkan gol dan pada perlawanan itu dia menjaringkan dua gol!” katanya.

Sementara itu Fernandes turut menyifatkan Scholes sebagai pemain tengah terbaik biarpun ramai yang mengatakan status itu adalah milik Frank Lampard serta Steven Gerrard.

Katanya, dia memilih Scholes kerana pemain berkenaan dilihat banyak menyumbang selain membantu menjaringkan gol ketika diperlukan pasukan.

“Bagi saya mungkin Scholes adalah pemain tengah terbaik di dunia. Walaupun ramai yang memililih Lampard atau Gerrard.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi sehingga ke hari ini,saya tidak nampak ada seorang pemain pun yang mampu menggalas tugas selaku pemain tengah seperti Scholes.

“Apa pun, bagi saya kesemua pemain yang saya sebutkan tadi seperti Lampard mahu pun Gerard, Scholes adalah yang terbaik,” katanya.