X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

RM3 bilion untuk vaksin Covid-19 termasuk dalam perbelanjaan khas

Khairy pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Peruntukan RM3 bilion untuk membiayai perolehan vaksin Covid-19 yang dijangka diperoleh seawal suku pertama tahun depan akan dimasukkan dalam perbelanjaan khas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, keperluan untuk mendapatkan vaksin berkenaan termasuk dalam peruntukan Kumpulan Wang Covid -19.

"Butiran ini sebenarnya akan dijelaskan Menteri Kewangan (Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) dalam sesi penggulungan namun ingin dimaklumkan bahawa RM3 bilion merupakan anggaran.

"Anggaran ini berdasarkan spektrum harga yang ditawarkan. Jadi kita tidak dapat memberi satu anggaran yang tepat pada masa ini.

"Keperluan mendapatkan vaksin ini akan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Covid-19. Suatu perbelanjaan khas," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tuan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) berhubung peruntukan RM3 bilion yang perolehan vaksin yang didapati tiada dalam Belanjawan 2021.

Dalam pada itu, Khairy berkata, kerajaan menetapkan tiga fasa keutamaan iaitu kumpulan barisan hadapan, kumpulan berisiko tinggi dan kumpulan populasi dewasa yang lain.

"Perincian senarai kumpulan keutamaan penerima vaksin ini akan diumumkan pada suku pertama tahun hadapan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!