Annuar yakin kerajaan ambil serius isu moratorium, KWSP
SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yakin pihak kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap syor berkaitan moratorium dan pengeluaran wang daripada akaun satu dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Annuar dalam satu ciapan di Twitter hari ini berkata, beliau yakin Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memberikan respon positif setelah Menteri Kewangan itu berunding dengan pihak KWSP dan pihak bank.
“Tengku Zafrul merupakan seorang yang sangat profesional dan cermat orangnya,” ciapnya.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan supaya usul beliau berkenaan pengeluaran akaun satu KWSP sebanyak RM10,000 dan lanjutan moratorium dalam Belanjawan 2021.
Menurut Najib, sokongan terhadap Belanjawan 2021 akan diberikan sekiranya kerajaan sedia meluluskan gesaan pelaksanaan moratorium secara pukal dan pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun satu KWSP.
Saya berkeyakinan Menteri Kewangan akan memberi perhatian serius terhadap syor berkaitan MORATARIUM DAN KWSP.Saya yakin YBM akan memberikan respon yg positif selepas beliau berunding lanjut dgn pihak kwsp dan bank bank..YBMSTZ sangat profesional dan cermat orangnya.... pic.twitter.com/6ElhD6HNTB
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) November 14, 2020
Mesyuarat ketiga Dewan Negara ditangguh, sembilan RUU dilulus
Sabah bentang Belanjawan 2021 berjumlah RM4.3 bilion
Solidariti BN, UMNO lulus Belanjawan 2021 bukti rakyat didahulukan
Mujahid bidas BN tidak serius, konsisten bantah Belanjawan 2021
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
AstraZeneca akui vaksin Covid-19 ada kesan sampingan
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Ratu Cantik Malaysia hilang jari ketika tawan Puncak Mera
[VIDEO] Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A