Upah 'jaga air' kesan kehadiran polis

Antara pengunjung serta wanita warga asing yang ditahan dalam operasi di pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur malam tadi.
Antara pengunjung serta wanita warga asing yang ditahan dalam operasi di pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menerima upah mencecah RM1,500 setiap bulan. Itu antara imbuhan diterima pekerja pusat hiburan dikenali 'jaga air' yang ditugaskan menjaga laluan keluar masuk premis bagi menyalurkan maklumat operasi pihak berkuasa.

Sekiranya terdapat kehadiran pihak berkuasa, 'jaga air' akan terus menghubungi penjaga premis sebelum pelanggan melarikan diri menggunakan laluan rahsia.

Bukan sahaja memerhatikan kehadiran pihak berkuasa, 'jaga air' juga dipercayai memerhatikan setiap pergerakan pelanggan serta individu mencurigakan di luar premis.

Kegiatan jaga air itu dikesan apabila tiga lelaki ditahan susulan Ops Noda kira-kira jam 11 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, di sini yang dikesan beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jaga air yang ditempatkan di laluan masuk pusat hiburan terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur yang dikesan dalam serbuan malam tadi.
Jaga air yang ditempatkan di laluan masuk pusat hiburan terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur yang dikesan dalam serbuan malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, operasi ini bertindak menahan lapan wanita warga asing berusia lingkungan 23 hingga 35 tahun bersama seorang warga tempatan iaitu pengurus premis.

"Pemeriksaan mendapati wanita itu terdiri daripada enam warga China, Rusia (1) dan Ukraine (1).

"Selain itu, seramai 104 warga tempatan termasuk 98 pengunjung pusat hiburan itu telah dikompaun," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan:

Tiga lelaki tempatan yang diupah sebagai jaga air ditahan polis dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur malam tadi.
Tiga lelaki tempatan yang diupah sebagai jaga air ditahan polis dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata, malah, ujian saringan air kencing juga mendapati sembilan warga tempatan termasuk dua wanita positif dadah.

Katanya, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan, Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No.7) 2020," katanya.