Rasuah: Pengurus syarikat antara tiga individu direman

Tiga lelaki termasuk seorang pengurus syarikat direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah.
Tiga lelaki termasuk seorang pengurus syarikat direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tiga lelaki termasuk seorang pengurus syarikat direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima wang suapan sebanyak RM85,000 pada 2018.

Perintah reman dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz ke atas lelaki berusia 45, 52 dan 62 tahun itu selepas permohonan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga individu itu termasuk pengurus syarikat, pemilik kedai runcit dan penganggur, disyaki meminta dan menerima wang daripada seorang lelaki sebanyak RM85,000 bagi membantu menyelesaikan kes abang ipar lelaki terbabit yang ditahan polis atas kesalahan dadah pada Jun 2018.

Kesemua mereka ditahan di Pejabat SPRM Sungai Petani antara jam 9.38 malam hingga 10.07 malam tadi.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan kes itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: