X

Kindly register in order to view this article
!

Waris bawa kanak-kanak tular ke IPD Kubang Pasu

Video kanak-kanak tersebut yang berhenti di simpang tiga di jalan Kampung Paya Chegar telah tular di Facebook dan Whatsapp sejak semalam.
A
A

JITRA - Kanak-kanak berusia bawah 10 tahun yang tular di laman sosial kerana menunggang motosikal di simpang tiga Kampung Paya Chegar, dekat sini, semalam dibawa oleh warisnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, siasatan lanjut yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6 petang semalam.

Menurutnya, video berdurasi 19 saat itu yang telah tular di Facebook dan WhatsApp memaparkan seorang kanak-kanak lelaki bawah umur telah menunggang motosikal jenis Honda Ex-5 berwarna hitam namun nombor pendaftarannya tidak jelas.

"Di dalam video tersebut kelihatan seorang kanak-kanak berada di satu simpang tiga jalan dan telah menunggang motosikal keluar dari simpang sehingga tamat video tersebut.

Kanak-kanak tersebut dikenakan tiga saman manakala warisnya satu saman selepas tampil ke IPD Kubang Pasu hari ini.
Kanak-kanak tersebut dikenakan tiga saman manakala warisnya satu saman selepas tampil ke IPD Kubang Pasu hari ini.

"Kanak-kanak itu telah dibawa ke IPD Kubang Pasu oleh waris dan telah diambil tindakan lanjut di bawah kesalahan lalu lintas iaitu menunggang di bawah umur, cukai jalan telah tamat tempoh dan tidak dilindungi perlindungan insurans serta tidak memakai topi keledar," katanya.

Mohd Ismail berkata, waris kepada kanak-kanak tersebut juga turut diambil tindakan di bawah Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu sebuah kenderaan bermotor.

"Polis berharap ibu-bapa agar sentiasa memberikan perhatian kepada anak masing-masing terutama dalam aspek keselamatan lalu-lintas di jalan raya. Hal ini perlu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!