'Penghinaan melampau, perlu ambil tindakan wajar'

Che Wan Ahmad (tengah, depan), Ungku Asbar (kiri, depan) bersama wakil dan individu yang tampil membuat laporan polis di IPD Temerloh hari ini.
Che Wan Ahmad (tengah, depan), Ungku Asbar (kiri, depan) bersama wakil dan individu yang tampil membuat laporan polis di IPD Temerloh hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Selain di Kuantan, sebanyak lima laporan polis dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan individu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh hari ini berikutan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di laman sosial Facebook milik seorang individu semalam.

Laporan dibuat oleh Kesatuan Penghulu Pengawa Negeri Pahang yang diwakili oleh Pengerusinya, Che Wan Ahmad Shaifuddin Che Wan Ahmad, Ahli Badan Kebajikan Kerabat Pahang, Ungku Hasbar Shah Ungku Datuk Abdul Arif, Wakil Kadi daerah, Hafiz Johari, Wakil Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Daerah iaitu Naib Pengerusinya, Ahmad Kaha Mohd Taib dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Mentakab, Datuk Ali Mohd Rahman kira-kira jam 4 petang tadi.

Ia berikutan penghinaan dan kenyataan biadab yang dibuat terhadap baginda oleh seorang individu di laman sosial Facebook miliknya.

Bagi Che Wan Ahmad, beliau mengharapkan satu siasatan lanjut segera dilakukan oleh pihak berkuasa selain mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit.

Menurutnya ia satu penghinaan melampau dan tidak wajar dilakukan terhadap Agong.

Sementara itu, Ungku Hasbar Shah menegaskan ia satu penghinaan melampau dan boleh menimbulkan keresahan rakyat di negara ini.

"Saya sangat terkilan dengan tindakan individu terbabit yang merendahkan kedaulatan Agong yang memimpin negara dan selaku ketua agama Islam di negara ini," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: