Ahli Parlimen BN akan bawa isu rakyat: Noh

Noh mengadakan perbincangan bersama Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan ucapan perbahasan Bajet 2021 yang akan bermula minggu depan. Foto FB Noh Omar
Noh mengadakan perbincangan bersama Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan ucapan perbahasan Bajet 2021 yang akan bermula minggu depan. Foto FB Noh Omar
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen BN akan membawa pelbagai isu yang dekat dengan rakyat dalam perbahasan nanti terutamanya dalam situasi melawan pandemik koronavirus (Covid 19).

Setiausaha Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC), Tan Sri Noh Omar menerusi kenyataan yang disiarkan dalam Facebook rasminya hari ini berkata, pihaknya berbincang dengan Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan ucapan perbahasan Bajet 2021.

"Pagi tadi sempat berbincang dengan Bossku selaku Pengerusi BNBBC dan saya sebagai Setiausaha BNBBC berkenaan ucapan perbahasan Bajet 2021 yang akan bermula minggu depan.

"Ahli Parlimen BN akan membawa pelbagai isu yang dekat dengan rakyat dalam perbahasan nanti terutamanya dalam situasi melawan Covid-19," katanya.

Terdahulu, Belanjawan 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semalam dengan peruntukan RM322.5 bilion yang disifatkan perbelanjaan terbesar dalam negara.

Artikel Berkaitan: