X

Kindly register in order to view this article
!

Program Subsidi Upah 2.0 selamatkan majikan, pekerja

M Saravanan
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia berpendapat peruntukan bagi Program Subsidi Upah yang diteruskan menerusi Belanjawan 2021 memberikan keyakinan kepada majikan untuk meneruskan operasi syarikat.

Selain itu, ia turut memberikan peluang kepada tenaga kerja untuk terus berkhidmat.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, peruntukan kira-kira RM2 bilion tahun ini bagi Program Subsidi Upah telah menyelamatkan lebih 300,000 syarikat dan 2.7 juta warga kerja.

"Untuk Program Subsidi Upah 2.0, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion lagi. Ia memberi keyakinan kepada warga kerja dengan peluang pekerjaan yang berterusan.

"Dalam keadaan luar biasa sekarang di mana sebahagian besar syarikat-syarikat dalam keadaan tidak pasti sama ada boleh terus beroperasi atau gulung tikar. Diharapkan Program Subsidi Upah ini mampu memberi mereka keyakinan untuk meneruskan operasi, sekali gus terus memberi peluang kerja," katanya pada sidang akhbar selepas Pembentangan Belanjawan 2021 di lobi Parlimen di sini hari ini.

Saravanan berkata, selain Program Subsidi Upah 2.0, pelbagai peruntukan lain diberikan seperti Geran Khas Prihatin Tambahan bagi pemandu teksi.

"Saya kira belanjawan ini mengambil kira keseluruhan peringkat dan aspek. Selain itu cadangan agar pekerja terus meningkatkan kemahiran mereka merupakan program yang baik.

"Salah satu pendekatan kementerian ialah memperkenalkan warga kerja yang relevan menerusi peningkatan kemahiran. Dengan ini mereka akan lebih relevan kepada syarikat dan ini salah satu cara untuk terus kekal berkhidmat," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!