Anggota TUDM maut terbabas langgar lopak air

Kejadian dipercayai berpunca selepas mangsa melanggar lopak air sebelum dilanggar lori di Jalan Kuching, Kuala Lumpur hari ini.
Kejadian dipercayai berpunca selepas mangsa melanggar lopak air sebelum dilanggar lori di Jalan Kuching, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas selepas melanggar lopak air di Jalan Kuching hala pusat bandar di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.42 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Husaini Mohd Nasir berusia 28 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja di Kem Tentera Udara Subang.

Menurutnya, semasa melalui laluan itu, mangsa yang menggunakan laluan paling kiri dalam keadaan hujan dipercayai terlanggar lopak air.

"Mangsa yang termasuk ke lubang tersebut telah hilang kawalan lalu terjatuh dan masuk ke laluan kanan jalan sebelum sebuah lori dipercayai telah melanggar mangsa.

"Kejadian itu hanya disedari pemandu lori terbabit selepas berasa seperti melanggar sesuatu dan melihat mangsa telah tertiarap di atas jalan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa parah di kepala dan maut di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: