InSight berjaya mendarat di Marikh

Saintis di Makmal Pendorongan Jet Nasa di Pasadena melihat detik pendaratan dramatik InSight di Marikh, semalam.
Saintis di Makmal Pendorongan Jet Nasa di Pasadena melihat detik pendaratan dramatik InSight di Marikh, semalam.
A
A
A

PASADENA - AMERIKA SYARIKAT. Sorakan gembira dan tepukan gemuruh bergema di Makmal Pendorongan Jet Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (Nasa), semalam selepas kapal angkasa digelar InSight mendarat di planet Marikh, sekali gus menamatkan penantian selama hampir tujuh tahun untuk merealisasikan misi itu.

InSight yang menelan kos AS$993 juta (RM4.1 bilion) itu direka untuk mendengar gempa dan gegaran sebagai cara merungkai misteri planet merah tersebut dan bagaimana ia terbentuk sejak berbilion tahun lalu.

"Pendaratan dramatik itu disahkan. Ia sememangnya detik mendebarkan dan penuh emosi," menurut pengendali kawalan misi di Nasa yang disambut gembira puluhan saintis.

Difahamkan, kapal angkasa Nasa itu adalah yang pertama mendarat di Marikh sejak pendaratan Curiosity pada 2012.

Sebelum ini, lebih separuh daripada 43 cubaan untuk mendarat di planet tersebut dengan kenderaan robotik milik agensi angkasa seluruh gagal melaksanakan misi mereka. - AFP

Artikel Berkaitan: