Tak mustahil tundukkan JDT: Mehmet

Mehmet dalam sidang media tersebut, hari ini.
Mehmet dalam sidang media tersebut, hari ini.
A
A
A

SKUAD Perak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) di laman sendiri dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, larkin, malam esok.

The Boss Gaurus yang juga enggan mengangkat bendera putih awal itu juga menyifatkan skuad kendalian Luciano Figueroa itu tidak mustahil untuk ditumbangkan.

Pengendali Perak, Mehmet Durakovic berkata, pasukannya mempunyai peluang memenangi piala tersebut sekiranya kesemua pemain memberikan persembahan terbaik.

Meskipun mengakui JDT sebagai pasukan pilihan, beliau bagaimanapun tetap yakin dengan kemampuan anak buahnya, terutama pemain muda tempatan.

"Semua tahu JDT adalah pasukan yang menakjubkan, terutama bermain di rumah (home), ia bagai kan kubu kepada mereka. Tetapi kami boleh ubahnya, bola sepak ini 90 minit, kita akan cuba yang terbaik.

"Apa yang saya boleh janji, kapten dan pemain saya akan buat yang terbaik. Kita akan memastikan pemain mereka tidak boleh bermain dengan baik dan elakkan kesilapan mudah," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tempoh 13 tahun sejak kali terakhir Perak merangkul Piala itu 2006 juga ternyata akan memberi motivasi kepada pemain untuk memastikan kemenangan mampu diraih.

"Ini perlawanan penting, kita cakap mengenai perlawanan liga dan perlawanan piala, kita pernah menang pada 2006 dan itu adalah tempoh yang lama, jadi kita akan beri yang terbaik untuk main," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, Mehmet juga mengakui tidak dapat menurunkan pemain tengah, Gilmar Da Silva kerana penggantungan akan menjejaskan sedikit potensi pasukan.

"Ya agak terkesan, kita tahu Gilmar adalah pemain yang bagus, dia memang penting kepada kita, tetapi ini bola sepak, kita ada kecederaan dan juga penggantungan jadi kita kena hadapinya.

"Mungkin ini peluang untuk kami gunakan pemain yang ada, pemain muda, berikan mereka lebih masa untuk bermain, saya juga tiada masalah dengan perkara itu," katanya.