Biden makin hampir tawan Rumah Putih

BIDEN
BIDEN
A
A
A

WASHINGTON - Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) semakin hampir untuk menentukan pemenangnya apabila calon Presiden daripada parti Demokart, Joe Biden mengisyiharkan bahawa "tiada keraguan" bahawa beliau akan menewaskan Presiden AS, Donald Trump.

Biden, 77, cuma memerlukan kemenangan dari satu atau dua buah negeri lagi bagi mendapatkan 270 undi elektrotal yang diperlukan untuk menduduki Rumah Putih.

Trump, 74, pula memerlukan kemenangan di beberapa buah negeri untuk memastikan beliau kekal berkuasa sebagai Presiden AS.

Dalam komennya kepada pemberita di bandar kelahirannya di Wilmington, Delaware, Biden berkata: "Kami terus berasa amat baik. Kami tidak menolak keraguan bahawa apabila pengiraan sudah berakhir, Senator (kamala) Harris dan saya akan diisytiharkan sebagai pemenang," kata Biden semalam.

Trump yang mengejutkan dunia kerana memenangi jawatan Presiden AS pada tahun 2016 dalam percubaan kali pertamanya dalam pilihan raya Presiden berulang kali mendakwa berlaku penipuan undi.

Beliau juga meminta supaya pengiraan undi dihentikan.

"Jika anda mengira undi yang sahih, saya sudah memenangi pilihan raya dengan mudah," kata Trump dalam satu kenyataan tanpa disertakan dengan bukti.

"Jika anda mengira undi yang haram dan lambat, mereka akan mencuri pilihan raya daripada kita," tambah Presiden AS itu dalam kenyataan yang diperoleh menerusi pasukan kempennya.

Artikel Berkaitan:

Biden yang berjanji untuk memulihkan negara AS yang telah dicemari dengan perpecahan rakyat selama empat tahun Trump berkuasa meminta "rakyat supaya bertenang."

"Proses sedang berjalan. Pengiraan undi sedang dilakukan dan kita akan ketahui tidak lama lagi," katanya di Wilmington. - AFP