Trump dakwa menang pilihan raya

DONALD TRUMP
DONALD TRUMP
A
A
A

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan beliau memenangi pilihan raya kali ini.

"Kita menang besar namun mereka cuba mencuri pilihan raya. Kita tidak akan biarkan. Undi tidak boleh dilakukan selepas ditutup!," katanya menerusi Twitter.

Bagaimanapun ucapan Trump itu mendapat perhatian Twitter, yang mendakwa kenyataan itu tidak tepat kerana keputusan diberikan tidak lengkap.

Sementara itu, pencabar Trump, Joe Biden berkata, beliau yakin boleh menewaskan Trump kerana negeri yang dikuasainya sudah cukup untuk membolehkannya memenangi pilihan raya AS kali ini.

"Sekarang, selepas sekian lama pengiraan, sudah jelas kita (akan) mempunyai jumlah negeri yang cukup untuk (menang) dengan 270 undi elektoral yang diperlukan," kata Biden.

Pencabar dari Demokrat itu yakin kempennya akan melakar kejayaan.

Artikel Berkaitan: