Pilihan Raya Presiden AS: Tujuh negeri belum umum keputusan rasmi

Joe Biden mendahului pencabarnya, Donald Trump daripada parti Repulikan dalam Pilihan Raya Presiden AS.
Joe Biden mendahului pencabarnya, Donald Trump daripada parti Repulikan dalam Pilihan Raya Presiden AS.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pencabarnya dari parti Demokratik, Joe Biden, sedang bersaing sengit bagi menawan Rumah Putih, dengan stesen pengundian telah ditutup di seluruh negara itu dan rakyat masih ternanti-nantikan keputusan pilihan raya di beberapa negeri penting.

Sehingga kini, masih terdapat tujuh negeri yang belum mengumumkan keputusan rasmi, termasuk negeri menawarkan undi elektoral terbanyak seperti Pennsylvania dan Winconsin.

Beberapa media AS telah mengunjurkan kemenangan kepada penyandang jawatan Presiden AS dari parti Republican, Trump di 23 negeri termasuk negeri penting seperti Florida dan Texas, selain daripada Indiana, Kentucky, Missouri dan Ohio - negeri pernah dimenangi beliau pada pilihan raya 2016.

Biden pula berjaya menawan 20 negeri termasuk negeri kelahirannya, Delaware dan negeri rebutan, California dan New York, selain daripada ibu negara AS, Washington.

Bekas Naib Presiden AS di bawah pimpinan Barack Obama itu turut berjaya mencuri satu negeri yang dimenangi Trump sebelum ini pada 2016 iaitu Arizona.

Negeri Nebraska telah memisahkan pemberian undi elektoral antara dua hingga empat undi kepada Trump dan satu undi kepada Biden.

Negeri Maine pula dimenangi Biden, namun sehingga kini beliau hanya memiliki tiga daripada empat undi elektoral ditawarkan negeri itu, dengan undi terakhir masih belum diputuskan siapa pemenangnya.

Dengan keputusan semasa, Biden dikenal pasti masih mendahului Trump dengan 238 undi elektoral berbanding 213 undi diperolehi Presiden AS itu.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua calon Presiden AS masih bersaing sengit bagi merebut angka ajaib undi elektoral bagi menawan Rumah Putih, 270 undi.


Berikut merupakan tujuh negeri yang masih belum mengumumkan keputusan rasmi:

Alaska

Georgia

Michigan

Nevada

North Carolina

Pennsylvania

Wisconsin