Culik pekerja minta wang tebusan RM30,000

Gambar kecil: Nik Ezanee Mohd Faisal
Gambar kecil: Nik Ezanee Mohd Faisal
A
A
A

PETALING JAYA - Tiga lelaki warga Bangladesh ditahan kerana disyaki menculik seorang pekerja kedai runcit di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tiga lelaki berusia 33 hingga 46 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di pangsapuri Jalan Tropicana Damai dan Mutiara Damansara.

"Kita berjaya menyelamatkan mangsa yang juga warga Bangladesh.

"Siasatan awal mendapati, dia merupakan pekerja kedai runcit milik salah seorang suspek yang ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee, mangsa mendakwa majikannya tidak membayar gaji malah turut menuduhnya mengambil duit di dalam kedai itu.

"Suspek dan rakannya telah berpakat menculik dan mengugut mangsa untuk mendapatkan wang sebanyak RM30,000," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga Bangladesh pada jam 4.04 petang pada hari yang sama.

"Lelaki itu mendakwa telah dihubungi oleh rakannya yang memaklumkan mangsa telah dikurung oleh sekumpulan lelaki yang meminta wang tebusan sebanyak RM30,000," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesemua suspek ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323, 324 dan 385 Kanun Keseksaan," katanya.