Kerajaan belum cadang wujudkan program insurans kesihatan

Abdul Rahim
Abdul Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan program Insurans Kesihatan atau Kad Kesihatan kepada seluruh rakyat buat masa ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, ini kerana perkhidmatan sedia ada melalui pelbagai insentif telah mencukupi.

"Untuk rekod, Malaysia adalah di antara negara di dunia yang mampu memberikan perkhidmatan kesihatan percuma dan komprehensif kepada rakyat.

"Ini adalah suatu yang sangat kita banggakan," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datin Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) berhubung sama ada kerajaan bercadang untuk menubuhkan Insurans Kesihatan atau Kad Kesihatan bagi seluruh rakyat bagi kes penyakit serius atau pembedahan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, ketika ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan kepada rakyat iaitu skim MySalam.

"Skim ini memberi perlindungan takaful kepada penerima bantuan sara hidup berumur 18 hingga 65 tahun bagi 45 penyakit kritikal," katanya.

Artikel Berkaitan: