Saifuddin Nasution masih belum 'move on' program di Karangkraf

Saifuddin ketika menyampaikan ucapan pada program Iftar Ala Madinah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf. - Foto Facebook Saifuddin Nasution
Saifuddin ketika menyampaikan ucapan pada program Iftar Ala Madinah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf. - Foto Facebook Saifuddin Nasution
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkongsi pengalaman dijemput sebagai tetamu pada program TownHall Rakyat Sinar Harian.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau turut menyatakan keterujaan ketika turut serta berbuka puasa di Kompleks Kumpulan Karangkraf.

"Waktu-waktu begini teringat suasana sewaktu program di Karangkraf semalam (Isnin), masih belum ‘move on’ orang cakap.

"Usai program Townhall Rakyat, saya turut bersama-sama pengunjung berbuka puasa di program Iftar Ala Madinah bertempat di pekarangan Karangkraf.

Saifuddin ketika menyertai program Iftar Ala Madinah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf. - Foto Facebook Saifuddin Nasution
Saifuddin ketika menyertai program Iftar Ala Madinah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf. - Foto Facebook Saifuddin Nasution

"Suasana berbuka beramai-ramai, bersila menikmati juadah, beramah mesra dengan pengunjung memberikan suatu perasaan kegembiraan yang sukar dilupakan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Terdahulu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hadir sebagai pemimpin jemputan pada sesi yang dianjurkan kali ketiga oleh Sinar Harian.

Edisi bersama Saifuddin Nasution itu turut menampilkan pameran agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Sukarelawan (Rela).

Dalam pada itu beliau turut berkongsi pengalaman menyampaikan pesanan kepada pengunjung Iftar Ala Madinah sempena Ramadan.

"Saya turut menyampaikan titipan pesanan terutama menjelang 10 malam terakhir ini, yang kita semua idamkan iaitu malam Lailatul Qadar.

Saifuddin beramah mesra bersama tetamu pada program Iftar Ala Madinah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf. - Foto Facebook Saifuddin
Saifuddin beramah mesra bersama tetamu pada program Iftar Ala Madinah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf. - Foto Facebook Saifuddin

"Institusi Ramadan ini benar-benar medan tarbiah yang terbaik bagi mendidik diri mengenal erti seorang insan.

"Moga kita dikurniakan ALLAH SWT dengan keampunan dan beroleh syafaat dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW, Insya-ALLAH," ujarnya.