X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat susah, di mana KWSP?

A
A

AWANG pelik juga kenapa kerajaan beria-ia tak galakkan pengeluaran akaun satu KWSP bagi rakyat yang memerlukan.

Memang betul wang itu untuk simpanan hari tua. Ada kemungkinan jikalau pengeluaran dibuat sewenang-wenangnya, ada kesan di masa depan.

Hal pengeluaran akaun satu itu nampaknya dibangkitkan juga oleh Tan Sri Perdana Menteri. Tentulah hal itu jadi serius sampai beliau sendiri terpaksa bagi nasihat. Apakah pencarum banyak yang dah keluarkan duit mereka?

Awang cuma nak ingatkan Menteri Kewangan dan mereka yang bertanggungjawab pada KWSP, sekarang zaman susah. Banyak sudah ditulis tentang kesan pandemik koronavirus (Covid-19) pada ekonomi.

Kerajaan pun akui banyak syarikat gulung tikar dan ratusan ribu telah hilang pekerjaan.

Khabarnya mereka yang dalam kumpulan B40 yang paling teruk terutamanya wanita dan ibu tunggal.

Bukan mereka sahaja, daripada kumpulan yang lain pun tak kurang derita. Tambahan pula, pusat ekonomi utama negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor terpaksa hadapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dua minggu lagi.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Biarlah rakyat gunakan sumber yang ada pada mereka. Inilah masanya KWSP tolong cari jalan bantu rakyat, bukan menutup peluang rakyat nak keluarkan wang sendiri.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!