BN tak setuju pembangkang diberi peruntukan sama

Tajuddin Abdul Rahman
Tajuddin Abdul Rahman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak bersetuju dengan cadangan agar ahli Parlimen pembangkang turut diberikan peruntukan sama seperti wakil kerajaan di Dewan Rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana hal sama turut dilakukan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan.

Justeru katanya, tiada keperluan untuk memenuhi tuntutan pembangkang sebagai balasan mereka untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

"Kami tidak setuju, kenapa perlu beri pada mereka? Itu membunuh kami.

"Dulu semasa dia (Pakatan Harapan) memerintah, dia tak bagi kita pun (peruntukan)," katanya kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai menghadiri mesyuarat khas bersama ahli Parlimen BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, cadangan tersebut tidak relevan sama sekali untuk dipenuhi.

Blok pembangkang sebelum ini menekankan perjanjian keyakinan dan pembekalan untuk membolehkan mereka menyokong Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat ini juga bakal menguji kekuatan dan sokongan sebenar ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin ketika ini berdepan cabaran getir berikutan beberapa ahli Parlimen pembangkang membawa usul tidak percaya ke atas beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: BN adakan mesyuarat khas bincang Belanjawan 2021