Malaysia kutuk serangan di Vienna

Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di tengah Vienna malam semalam menyebabkan dua orang terbunuh dan sejumlah lagi cedera.
Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di tengah Vienna malam semalam menyebabkan dua orang terbunuh dan sejumlah lagi cedera.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata di bandar raya Vienna, Austria pada Isnin yang mengakibatkan orang awam tidak bersalah terkorban dan cedera.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan itu dan mendoakan mereka yang cedera segera sembuh.

“Kami berharap penyerang akan segera dibawa ke muka pengadilan. Sehingga 3 petang hari ini (waktu Malaysia), kesemua rakyat Malaysia di Vienna dilaporkan selamat,” kata kementerian itu.

Kenyataan itu meminta agar rakyat Malaysia di negara itu yang memerlukan bantuan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Vienna di talian 00-43-1-505 1042 atau menghantar e-mel ke mwvienna@kln.gov.my.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria Harald Soros dilaporkan berkata dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa lagi mengalami kecederaan dalam serangan di beberapa lokasi di pusat bandar raya itu, termasuk berhampiran sebuah “synagogue”. -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut serangan tembakan di Austria

Artikel Berkaitan: