Belanjawan 2021: APM perlukan tambahan aset

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan pertambahan sokongan logistik, tenaga kerja dan peruntukan untuk makan minum anggota dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan pertambahan sokongan logistik, tenaga kerja dan peruntukan untuk makan minum anggota dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan pertambahan sokongan logistik, tenaga kerja dan peruntukan untuk makan minum anggota dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya, Norhafifi Ismail berkata, beliau berharap kerajaan akan memberikan peruntukan yang lebih banyak kepada agensi itu termasuk daripada segi pertambahan aset dalam belanjawan kali ini.

“Di waktu penularan koronavirus (Covid-19) ini aset yang kami perlukan bertambah dua kali ganda. ⁠

“Dulu kalau satu bot kita boleh letak lapan ke 10 orang. Sekarang boleh letak empat ke enam orang sahaja, jadi maknanya kami perlu lebih banyak bot. Begitu juga dengan lori, kalau dulu 30 orang, sekarang 15 orang. ⁠

⁠“Kalau dulu kita pakai 10 lori, sekarang kita kena pakai 20 lori,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook APM hari ini.

Justeru, beliau berkata, penambahan aset bagi APM adalah sangat penting buat masa sekarang.

Artikel Berkaitan: