Warga emas maut nahas langgar lari

Seorang lelaki warga emas dipercayai kurang siuman maut selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jalan Lubok Jong, Pasir Mas-Rantau Panjang. - Foto pembaca
Seorang lelaki warga emas dipercayai kurang siuman maut selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jalan Lubok Jong, Pasir Mas-Rantau Panjang. - Foto pembaca
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki warga emas dipercayai kurang siuman maut selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Jalan Lubok Jong, Pasir Mas - Rantau Panjang di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, mangsa Ab Halim Deraman, 71, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan telah keluar secara berseorangan dengan berjalan kaki dari rumahnya di sekitar Kampung Repek.

"Pada jam 10.20 malam, orang awam menghubungi talian kecemasan dan memaklumkan seorang lelaki ditemui terlantar di atas jalan.

"Difahamkan lelaki itu dilanggar sebuah kenderaan sebelum digilis pelbagai kenderaan melalui jalan dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih lagi diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: