X

Kindly register in order to view this article
!

Pembukaan DUN Selangor kecoh

Sue Lim (dua dari kiri) sewaktu sidang media di lobi Bangunan Annex, hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sedikit kecoh apabila Speaker, Ng Suee Lim menegur tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang memakai baju kebangsaan, hari ini.

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang berkenaan ialah Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong), Zakaria Hanafi (Semenyih), Datuk Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang), Rizam Ismail (Sungai Air Tawar) dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang).

Kekecohan mula tercetus apabila Suee Lim menegur tindakan ADUN terlibat yang dikatakan tidak mengikuti peraturan mesyuarat ditetapkan.

"Pagi ini, saya nampak dalam dewan yang mulia ini, ADUN melanggar peraturan yang sudah saya tetapkan.

"Sebagai Speaker, saya menetapkan bahawa ADUN mesti berpakaian kemas 'long suit' pada sesi dewan dan kelonggaran saya berikan pada hari Jumaat iaitu ADUN boleh memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu)," katanya.

Bagaimanapun, teguran Suee Lim itu menimbulkan rasa tidak puas hati Mohd Shamsudin yang mendakwa rakyat tidak akan kisah sekiranya ADUN memakai baju kebangsaan sewaktu persidangan berlangsung.

Ketika ditemui sewaktu sidang media di lobi Bangunan Annex, Suee Lim berkata, tindakan ADUN terlibat adalah semata-mata bagi meraih kepentingan politik semata-mata dan perkara itu tidak sewajarnya menjadi pertikaian.

"Perkara ini saya telah tetapkan lama dah di mana pakaian baju kebangsaan dibenarkan pada Jumaat sahaja dan semua pihak perlu patuh kepada arahan itu," katanya.

Pada 2018 lali, Suee Lim pernah mengeluarkan teguran sama kepada ADUN Taman Templer, Mohd Sany Hamzan berhubung kod etika pemakaian sewaktu mengikuti persidangan dewan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!