Suami isteri didakwa tipu pelaburan lebih RM12,000

Suami isteri mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan penipuan berkaitan pelaburan berjumlah lebih RM12,000, tahun lalu di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.
Suami isteri mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan penipuan berkaitan pelaburan berjumlah lebih RM12,000, tahun lalu di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.
A
A
A

IPOH - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan pelaburan berjumlah lebih RM12,000, tahun lalu.

Chai Koon Shong, 44, dan isteri, Ng Kah Lai, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan pertama yang dibacakan secara bersama, pasangan berkenaan didakwa menipu Hoi Kim Than, 58, dengan menawarkan pulangan pelaburan Bancus Coint yang tinggi sehingga mendorong mangsa memasukkan wang RM4,366.50 ke dalam akaun syarikat tertuduh melalui RHB Bank Cawangan Menglembu, Ipoh pada jam 1.45 petang, 14 November 2019.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa atas dua tuduhan sama iaitu menipu Leong Mei Lai, 44, membabitkan wang masing-masing berjumlah RM5,000 dan RM3,500.80 di Public Bank Cawangan Jalan Besar Pasir Puteh dan Jalan Pasir Puteh, Taman Pengkalan Jaya di Ipoh antara jam 1.34 hingga 1.48 petang, 1 Mei 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Hajar Mohd Yusof manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, M Mahendra.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: