Tentera Israel tembak tiga pelajar Palestin

Mangsa yang cedera dimasukkan ke alam ambulans untuk dibawa ke hospital berdekatan.
Mangsa yang cedera dimasukkan ke alam ambulans untuk dibawa ke hospital berdekatan.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Tiga pelajar sekolah menengah di Baitulaham cedera terkena peluru hidup dilepaskan tentera Israel hari ini.

Menurut sumber tempatan, tentera Zionis menyerbu perkampungan Tuqu dan mengepung sebuah sekolah menengah sehingga mencetuskan suasana tegang.

Tambah sumber tersebut, tentera Israel menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata bagi menyuraikan pelajar yang mula berkumpul di pekarangan sekolah.

Pertubuhan Palang Merah Palestin (PRCS) mengesahkan anggota paramediknya telah menghantar mangsa yang cedera ke hospital berhampiran.

PRCS berkata ketiga-tiga mangsa mengalami luka tembakan di bahagian perut, pinggul dan kaki.

Dua daripada mangsa dalam keadaan kritikal. - Agensi

Artikel Berkaitan: