Mayat rentung dalam SUV: Polis tahan dua pekerja kontraktor

Kereta yang ditemui terbakar bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre berhampiran Stesen LRT Kota Warisan pada Rabu lalu.
Kereta yang ditemui terbakar bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre berhampiran Stesen LRT Kota Warisan pada Rabu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan dua pekerja kontraktor bagi membantu siasatan kes pemandu rentung dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) bersebelahan dengan Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre berhampiran Stesen LRT Kota Warisan pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, dua lelaki berusia 37 tahun dan 42 tahun merupakan kawan kepada mangsa telah ditahan semalam.

"Mereka direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) sehingga 5 November bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadzil berkata, mengikut pendaftaran kereta yang terbakar itu, pemiliknya berusia 42 tahun dan bekerja sebagai 'site engineer'.

"Namun kita masih menunggu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga pemilik kenderaan itu bagi mendapatkan pengesahan sebenar memandangkan mayat ditemui dalam keadaan rentung," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu media melaporkan sebuah SUV terbakar bersama seorang individu di tempat pemandu yang rentung dan kebakaran dipadamkan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Salak Tinggi.

Polis turut menemui kesan kebakaran dalam lingkungan 10 meter dari kenderaan itu dan mayat mangsa rentung 90 peratus.

Artikel Berkaitan: