Kilang Proton hampir siap

Mohammad Nizar ketika Sidang Dun Perak, hari ini.
Mohammad Nizar ketika Sidang Dun Perak, hari ini.
A
A
A

KERJA-kerja pembinaan bagi pembesaran kilang Proton di Tanjung Malim sedang giat dilaksanakan melibatkan pelaburan tambahan kira-kira RM1.2 billion.

Exco Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerja-kerja tersebut sudahpun mencapai kemajuan 80 peratus bagi membolehkan Proton mengeluarkan model baharu seperti X70.

Menurutnya, dalam perkembangan sama, perjanjian kerjasama di antara lapan syarikat vendor tempatan Proton dengan rakan kerjasama mereka dari luar negara bakal membawa masuk RM170 juta pelaburan ke Malaysia sekaligus mewujudkan kira-kira 450 peluang pekerjaan baharu.

"Selain mengenal pasti pelabur-pelabur di dalam sektor pembuatan, kerajaan negeri melalui InvestPerak dan MIDA sentiasa mengadakan engagement secara berterusan bersama-sama Proton.

"Ia bertujuan mengenal pasti dan bertemu pelabur-pelabur berpotensi di dalam sektor perkhidmatan, hospitaliti, peruncitan dan pelancongan yang menyokong pertumbuhan Proton City di Tanjung Malim," katanya ketika Sidang Dun Perak, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (Slim-BN).

Artikel Berkaitan: