X

Kindly register in order to view this article
!

Nelayan dikhuatiri lemas, terjatuh dalam sungai

Usaha pencarian nelayan yang dikhuatiri lemas di kawasan Jeti LKIM Endau dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) hari ini.
A
A

MERSING - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau di sini hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ali Hussin berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Al Shafiq Abdul Rosool, 25.

Katanya,bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.30 pagi sebelum lapan anggota dan 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ke lokasi kejadian.

Usaha pencarian nelayan yang dikhuatiri lemas di kawasan Jeti LKIM Endau dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) hari ini.
Usaha pencarian nelayan yang dikhuatiri lemas di kawasan Jeti LKIM Endau dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) hari ini.

"Menurut maklumat saksi, mangsa terjatuh ke dalam sungai ketika cuba melompat dari jeti ke bot sebelum tenggelam.

"Anggota bomba melakukan operasi pencarian di kawasan jeti kira-kira 200 meter dari kuala Sungai Endau," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu nelayan tempatan yang menggunakan sebuah bot.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!